3 Tips Asas Buatkan Produk Anda Nampak Hensem !
October 4, 2016

Produk anda kelihatan tidak memuaskan? Sendiri tengok pun macam serabut je. Nah kami kongsikan 3 tips asas untuk buatkan produk anda nampak awsome !
1. Warna yang sesuai
Warna antara faktor yang boleh menarik minat pelanggan untuk melihat produk anda. Antaranya hijau terang dan kuning biasanya menarik perhatian manusia dari jauh. Selain itu, anda juga perlu ambil berat samada kesan warna pada botol atau bungkusan produk anda memberi kesan yang buruk atau tidak pada produk anda.

2. Design yang simple tetapi kemas dan eksklusif
Ya benar, design yang simple tetapi kemas ! Anda tidak perlu untuk menceritakan segala-galanya di dalam label produk anda, kerana ini membuatkan pelanggan melihat produk anda seperti produk yang murah dan sudah tentu SEMAK !
Apa yang penting anda perlu menyatakan bahan-bahan yang anda gunakan supaya pelanggan tahu samada ia sesuai untuk mereka gunakan atau tidak, ye lahh kita tak tahu apa alergi mereka, setiap orang ada alergi mereka tersendiri.
Yang lain masukan Nutrion Fact dan Tarikh Luput jika ada. Jadi lengkaplah label produk anda ! Opss ya, mestila perlu ada logo produk. Logo produk memainkanperanan yang amat penting, jangan selalu tukar-tukar, kerana itu branding anda ! Pelanggan mudah kenal produk anda jika ada kekalkan logo produk anda. Dapatkan khidmat nasihat Designer yang pakar, jangan kedekut duit anda, kerana ia penting untuk anda, logo tersebut adalah IMEJ utama bagi produk anda. Hensem logo anda, hensem la jualan anda !
3. Tambah nilai

Apa itu tambah nilai? Ayuh kita bandingkan dua produk minuman kesihatan ini :
Produk A, produk ini menggunakan herba tradisional dan vitamin yang sememangnya baik untuk kesihatan anda. Tetapi produk ini tidak highlight apa yang istimewa tentang produk mereka pada label produknya.
Produk B, produk ini juga menggunakan herba tradisional dan vitamin yang sama dengan produk A. Kelainan yang dibuat pada produk B ini adalah, terdapat satu ayat istimewa diletakan pada label produknya iaitu “Kaya dengan Vitamin A,B dan D”. Haa , lihat ! Pasti anda akan teruja melihat produk ini, kerana anda sudah pasti yakin akan Vitamin tersebut memberi kesan yang baik untuk anda .
Jadi anda perlu nyatakan pada label produk anda apa yang istimewa dari produk anda untuk menarik perhatian pelanggan ketika pilih untuk membeli !
